KUCHING: Pagi tadi telah diadakan majlis perasmian Sarawak Research Development Council (SRDC) dan Pusat Penyelidikan Penyakit Berjangkit atau Sarawak Infectious Disease Center (SIDC) yang disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg, Ketua Menteri Sarawak.
Pusat yang mempunyai makmal Biosafety Level 3 bakal dibina di tapak kekal di Kota Samarahan bersebelahan Kampus UNIMAS dan seterusnya memberi tumpuan kepada penghasilan ubatan serta kaedah rawatan baru menggunakan teknologi terkini yang boleh digunakan untuk mengawal, menjangka dan mengurangkan penyakit berjangkit dengan lebih berkesan.
Pada majlis yang sama SRDC turut memeterai MoU bersama rakan strategik dari University of Cambridge, Cambridge Academy of Therapeutic Sciences, Cambridge Spark, Australian National Phenome Centre, Asian Microbiome Library dan Swinburne University of Technology, Sarawak Campus.
UNIMAS diberi tanggungjawab untuk melatih dan membimbing para penyelidik di pusat ini nanti yang akan dibina dengan kos RM200 juta.
Sebagai projek permulaan SIDC melalui kerjasama dengan Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti UNIMAS telah diberi tanggungjawab oleh Kerajaan Negeri untuk melaksanakan kajian berkenaan Post Vaccination Neutralizing Antibody Surveilance dengan dana sebanyak RM2.9 Juta.
Sumber dari : Sarawakku